Pages


Friday, March 04, 2011

tak nak dipilih daripada pilihan-pilihan yang ada.....

ASSALAMUALAIKUM WBT....

Pertamanya aku mohom maaf, bukan niat di hati untuk menyakitkan hati atau apa pun, tapi aku tak mahu di pilih daripada pilihan-pilihan yang ada, kerna ku tahu pilihan-pilihan itu bermaksud "banyak", "ramai",dan sewaktu dengannya. Bukan juga aku anti lelaki, tidak.....cumanya aku tak mahu menambah dosa yang bertambun ni, cukuplah dengan apa yg telahku lakukan. Sekarang, sebaik mungkin aku ingin elakkan perkara-perkara sebegitu. Kepada yang berkenaan, percaya la dengan konsep jodoh, dh tertulis siapa jodoh kita, pasti ada. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha. Ya berusaha, tapi tidak dengan cara yang salah. Nak berusaha pon, kena ada caranya. Percayalah. Kalau tidak di dunia, Allah akan berikan yang terbaik di sana nanti. InsyaALLAH! ya, tidak dinafikan, aku ingin punya teman, berkongsi suka duka, tawa hiba.....sedih gembira. Tapi bukan sekadar teman. Aku ingin punya teman yang halal di sisiNya. Halal sahaja. Seorang insan yang sangat baik, memahamiku, menerimaku tanpa syarat, menyayangiku dan boleh mendidikku ke jalan yang diredhoi Allah.

Imam Al-Ghazali pernah berkata>
"Sekiranya kamu sayang akan seseorang itu,doakanlah kebaikan untuk dirinya."

Pesan seorang sahabat kepada ku, air mata hanya untuk Allah, menangisi kekhilafan kita terhadapNya, bukan untuk ajnabi yang tak halal buat kita. Pesannya lagi, wanita itu semuanya aurat. Tidak pada zahirnya sahaja, malah batinnya juga. Suara, pergaulan, hati, perasaan, pandangan, semuanya!! Kerna dia juga aku faham, apa itu yang dinamakan aurat. Oleh itu, andai ada jodoh, tak lari gunung dikejar. PINANGLAH DAKU KERANA DAKWAH, UNTUK MENCARI REDHO-NYA!

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!” < http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/?like=1&_wpnonce=cd59fe37ec

WASSALAM....

No comments:

Post a Comment