Pages


Monday, July 29, 2013

SEMUANYA RAYA

semuanya raya....

jiwa hati minda aku semua dah kat rumah, bayangkan semua ni sedang terjadi, tengah busy2 siapkan langsir dengan mak dan kak, sembat baju raya tempahan untuk mak teh, masak untuk berbuka puasa dengan mak, main mercun dengan syafiq dan aisyah, pasang pelita dengan ayah, lepak rumah pak teh......

ermmm macam-macam la. huaaaaaa nak balikkkkk

Thursday, June 13, 2013

irfan iskandar

cikgu: irfan, p mana lama cikgu tak nampak??

irfan: ada...mai ja sekolah. tapi ponteng....

cikgu: hah ponteng? dok kat mana?

irfan: ada la, dok la kat mana-mana pon...

cikgu: kat mana irfan, habaq la kat cikgu...

irfan: dok kat toilet ja pon...

cikgu: la kenapa tak masuk kelas, dok kat toilet tu ada pa?

irfan: xdak apa la, tapi stress la cikgu, dok rumah kena beletiaq, dok dalam kelas tak syok, mai sekolah tak syok. stress la cikgu....

cikgu: ..............................................*im also stress with your statement irfan! @@


Friday, May 10, 2013

syukur itu penting.....

"susah nya lepas mak xde, dah tak boleh beli apa yang kita nak dah, dah tak ada orang nak bagi duit kat kita......bla bla bla"


betul ka susah atau hang berhadapan dengan situasi baru dan masih tak dapat nak sesuaikan diri?

betul ka susah kalau setiap bulan ada orang lain masukkan duit ke dalam akaun hang?

betul ka susah kalau hang masih boleh shopping bagai?


jadi hal2 di atas ni memamg betul situasi susah atau hang saja susahkan diri?

jadi seeloknya bersyukur la banyak-banyak!

manusia hanya akan tahu menghargai dan bersyukur apabila perkara/benda/orang itu hilang dalam hidup kita.

maka sedarlah, dan ucapkanlah ALHAMDULLILLAH....! walau untuk udara yang kita sedut tika ini :D



Sunday, April 28, 2013

internship/RLM punya hal -_-

assalamualaikum..........

mak, ayah, kak lah orang yang paling banyak dengar luahan dan tangisan sebab 2 benda alah di atas tu.
kak tiap-tiap hari telefon tanya perkembangan rumah sewa dan sebagainya. Ayah pulak tak subuh lagi dah call, tanya nak duit dak?? aku dengan malunya mengaku nak!!!! tak sampai tengah hari duit tu dah siap ada dalam akaun aku. Mak??? hmmm sekali cakap dengan mahu setengah jam, ke sejam....macam-macam aku celotehkan kepada mak. yang paling banyak " mak ...orang susah hati la..." dan dengan tenangnya mak redakan aku dengan kata-kata semangat dan "tak payah risau la, kalau dok pkiaq sangat satg sakit pulak tu..." " ada la tu nanti pertolongan daripada Allah..." macam-macam la kata semangat daripada mak....

ya memang betoi cakap mak....
bla bla bla bla bla..........................

p/s : erm sebanaqnya aku nak tulis lagi tapi mengantuk pulak. ok sambung esok k.....:)

Saturday, April 20, 2013

SAYA PILIH PAS UTK PRU13 #ABU #TAKBIRRRRR ALLAHUAKBARx3

ok sekarang demam pilihan raya kan so....aku update la sikit tentang pilihan raya di pagi ni, pagi tak boleh tidoq ni :p

kenapa aku secara terbuka menyatakan sokongan padu kepada PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

sebab aku datang daripada keluarga yang sememangnya penyokong tegar PAS. keluarga sebelah ayah sememangnya memilih PAS sejak dulu. Manakala keluarga sebelah mak hehe boleh dikatakan 70% penyokong UMNO/BN. Mak jadi ahli PAS selepas menjadi isteri kepada ayah. hehe tu la kuasa suami, kena ikut cakap suami tapi bukan ikut saja-saja ok. 

Bukan itu sahaja, aku mula mengenal a b c, 1 2 3, alif ba ta di PASTI. Sejak berusia 5 tahun lagi ayah dah hantar aku ke PASTI. 

Sedari kecil aku dididik oleh ayah untuk mengenal siapa pemimpin PAS. apa perjuangannya, dan banyak lagi. Aku kenal mereka, malah di rumah, ayah siap tampal kat dinding lagi. Ayah juga setiap kali baca HARAKAH( akhbar rasmi utk PAS) mesti suruh kami sekeluarga baca jugak untuk tahu perkembangan semasa negara dan parti...

Bukan itu sahaja, setiap kali ceramah atau mesyuarat parti atau berkempen untuk pilihan raya mesti ayah dan mak akan bawa aku dan kak bersama. Seingat aku, di usiaku 5 6 tahun, aku sudah mula dibawa ke ceramah PAS. Aku dah tahu apa itu PAS *sebelum tu tak tau la bawa ka dak, tak ingat ok...:p

Bila kami adik beradik cukup umur, ayah siap sedia fotostat IC. untuk apa? untuk daftar kami sebagai ahli parti. hehehehe

Dan sebab paling besar aku menyatakan sokongan kepada PAS ialah semasa aku berusia 6tahun, peristiwa besar juga bagi aku apabila ayah dihalang daripada melalui jalan hanya kerana ayah tidak mahu menyokong UMNO/BN. Pada ketika itu, kami sekeluarga tinggal di TANAH MERAH, PENDANG. Rumah kami di belakang dan perlu melalui jalan bersebelahan dengan rumah (rumah dia di depan) penyokong tegar UMNO. Oleh sebab ayah kuat PAS sangat, dia halang kami sekeluarga daripada melalui jalan tu. So ayah ambil keputusan pindah ke kampung aku sekarang :) 
tengok ayah sanggup pindah daripada kena paksa sokong parti korupsi UMNO. Peristiwa itu memberi pengajaran kepada kami bahawa UMNO ni busuk! expired! 
jadi aku tau sangat perangai busuk hati orang UMNO ni.....bukan nak hentam sama rata tapi rata-rata orang UMNO yang aku jumpa memang busuk hati, penipu, fitnah, tak amanah, utamakan kroni, dan banyak lagi....!

Selain memikirkan masa depan aku, anak dan cucu-cucu aku nanti sebab sekiranya kita masih membiarkan UMNO/BN memerintah negera, dengan korupsi, masalah sosial, ketirisan wang negara untuk kepentingan peribadi, tak amanah, penipu, pengfitnah, pengecut, tak amalkan Islam yang sebetulnya ambil yang suka sahaja, yang tak suka tak ambil, sekular dan banyak lagi. Aku tak nampak kebaikan kepada generasi akan datang dengan pemerintahan dan pengekalan UMNO/BN di Putrajaya. Aku tak mahu anak-anak dan cucu aku nanti hidup dalam pemerintahan zalim. Maka bermula daripada aku, kita, kami perlu ubah pemerintahan kepada yang lebih telus, adil, amanah, ISLAM ditegakkan, itu yang penting. 

maka, saya EZZATUL HAKIMAH RODZI akan memilih PAS/PAKATAN RAKYAT untuk PRU13 5/5/2013 ini!!
Allah huakbar !

Monday, April 01, 2013

WORDLESS MONDAY *I FEEL SO BLESSED *xla wordless sgt -_-

terima kasih mak for eveliting...! i miss u so badly deeply madly dan ly2 yg len :((

Saturday, March 30, 2013

wordless sunday night


wordless

ramai jek yg update bloq mereka dgn "wordless". so aku pon berkeinginan la jugak kan...tp hari ni tak wordless la sgt sbb aku mulakan dulu dgn mukadimah nih.....


enjoy :)


Sunday, March 17, 2013

hari ini

hari ini......

hari ini, aku belajar, belajar untuk tidak terlalu mempercayai kata-kata manis seorang manusia yang bernama Adam.

mungkin aku terlalu cepat membuat kesimpulan, namun apa yang boleh aku katakan hari ini. perncarian cinta berakhir di sini hari ini. aku letih.

mungkin sahaja jodoh itu tidak tertulis untuk aku. aku buta kerna tak nilai daripada awal.

salah diri sendiri. serves you right!

Thursday, March 14, 2013

atasan

atasan....

bila kita berada di atas, lihatlah ke bawah, bukan terus melihat ke atas dan akhirnya kita lupa jalan pulang.....

pertama kali aku dengar orang atasan memarahi pekerjanya.

salahnya tak besar, hanya salah kerana tidak meletak "PROFESOR MADYA", pangkat akademik.

" apa ni?! buat keja TAK GUNA!!"

terus jantung aku jadi laju, bukan sebab marah tapi aku terkejut.... terkejut seorang yang aku sangka lemah lembut dan berbudi bahasa selain orang yang berpendidikan tinggi mempunyai PhD dari luar negara mengeluarkan kata-kata yang sebegitu....

# jangan lupa kalau tak ada mak cik-mak cik cleaner yang cuci bilik air/tandas kita setiap hari, kita takkan mampu nak melangkah masuk pun ke dalam bilik air tersebut. begitu jugalah dengan kisah ini. kalau tak ada orang yang dimarah itu, agaknya banyak kerja yang takkan selesai. kerja-kerja pejabat yang menyakitkan kepala.

> pengajaran buat diri sendiri untuk lebih meghormati orang lain, tak kiralah apa statusnya....bawah atas sama ja. mati orang kafankan dengan kain putih ja. tak bawak pun degree, masters, PhD, pangkat, harta, etc

sini,
ezza

4tahun mengenaliku... (1)

ermmm tak tau macam mana idea ni boleh tekeluaq.....online, buka FB tiba-tiba rasa macam nak tanya coursemate tentang apa pendapat mereka tentang diri ini......

malam ni dah selesai seorang aku tanyakan soalan tersebut.

jawapannya : 

"A" (dia sebutkan nama dia) tak hang out all time with ezza kan
hihihi
but 4 years knowing u one thing sgt dominan yg ada pada ezza, "A" nmpak kan
eza ketegaq sikit
keras kepala

tp keras kpala yg mcm mn?

cam klo dalam satu perkara kan
klo eza tak suka dan eza tak stuju
eza ttp ngan kputusan eza
tak kisah la org nak kate apa kat eza

tp org keras kepala nih teguh pendirian # TAMAT


haha...memang betoi la aku seorang yang ketegaq, even ayah pon kata benda yang sama :p
kadang-kadang hidup tak boleh jadi lalang ja, kena jadi besi konkrit jugak...heee

to be continued
sini,
ezza


Monday, March 04, 2013

AJARI AKU...:d


Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki
Rasa yang luar biasa
Untuk ku dan untuk mu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Kerna kau cahaya hidupku
Malamku tuk terangi jalanku
Yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….
Ajari aku tuk bisa mencintaimu
Hanya engkau yang bisa…Mencintaiku

Sunday, February 17, 2013


Only Time by Enya


Who can say
where the road goes
where the day flows
- only time
And who can say
if your love grows
as your heart chose
-only time

Who can say
why your heart sighs
as your love flies
-only time
And who can say
why your heart cries
when your love lies
-only time

Who can say
when the roads meet
that love might be
in your heart.
And who can say
when the day sleeps
if the night keeps
all your heart.

who knows, only time


Saturday, November 24, 2012

MAAFKAN AKU, AKU INGIN KEMBALI

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terfikir untuk kembali
Walau beza akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi


Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu