entah kenapa malam ini kurasakan syahdu sekali. syahdu sangat2................
teringat kepada mereka yang telah pergi meninggalkan ku untuk selamanya. masih teringat tangan tua itu, yang akan kukucup setiap kali ketemu. kini semuanya sudah tiada. dia sudah pergi. tiada lagi tangan yang boleh kukucup seperti mana aku mengucup tangannya.
dia pergi sehari sebelum aku pulang ke UUM, sepanjang cuti semester, banyak kali mak berpesan supaya pergi menziarahnya di rumah ibu saudaraku. Tapi entah kenapa, hati ku rasa tawar. Degil tak mahu pergi. Akhirnya, kami mendapat panggilan bahawa dia telah kembali ke rahmatullah. sakit tua, usianya hampir 80tahun.
Kenangan terakhir ku bersamanya apabila, kali terakhir aku menziarahinya, dia meminta untuk meminum air soda sejuk. aku turutkan, beli air soda dan beri dia minum.
Mempunyai karekter yang menarik, walaupun dah tua masih mampu melihat tanpa sebarang masalah penglihatan seperti rabun dan sebagainya. Solat, 5waktu berjemaah di masjid. Kegemarannya suka minum radix dan makan nasi dengan ikan talang masam......Akhirnya menjadi kegemaranku jua....:)
Rindunya dengan dia........... dia akan tersenyum sebaik saja melihat aku. Bertanya aku dari mana, balik dari uum bila, ayat biasa yang selalu diucapkan kepadaku "...tidoq sini la malam ni, jgn balik la....lama dah tak mai tgk tok lang..." Menasihatiku dalam banyak perkara, tentang agama, solat, menghormati orang tua, komen tentang isu-isu semasa. Rindunya nak dengar celotehnya! aku rindu dengan suaranya, dengan semuanya!
Rindunya dengan dia.......rancangan tv yang diminati ialah "mari mengaji", akhbar kegemarannya "harakah"...
setiap hari kalau tiada apa2 aktiviti, dia akan membaca sahaja. berhenti kejap, p masjid, balik ja, sambung balik baca. Baca Quran, kitab, buku, macam2 la....kadang2 majalah wanita pon dia baca.....hehehe...
aku kagum dengannya! sedangkan aku yang muda malas membaca, tapi dia semakin tua, semakin rajin pula membaca. Ya ALLAH, kenapa aku rindu sangat dengan dia sampai macam ni? mungkin kerana aku tak sempat bercakap dan bersalam dengannya buat kali terakhir. aku hanya dapat melihat jasad yang sudah tidak bernyawa. SEDIHNYA! kadang2 terbawa2 ke dalam mimpi. pernah sekali bermimpi dia datang menemuiku dengan memakai jubah putih sambil tersenyum manis. Tetapi aku menangis apabila melihat dia begitu. Rupanya bukan di dalam mimpi saja aku menangis. sebetulnya aku memang menangis malam itu.
TOK LANG dalam kenangan....
AL-FATIHAH
No comments:
Post a Comment