aku seorang gadis.....walau sekuat mana pun tenaga yg aku ada. walau sehebat mana pun aku....walau sekaya mana pun aku....walau secantik mana pun aku.....
akhirnya aku perlu kembali kepada fitrah.
aku tak kuat sendiri.....
aku perlu tempat untuk bergantung.
tempat bergantung yg bagaimana? sebenarnya, aku lebih memaksudkannya sebagai insan / manusia / orang.
bergantung yang bagaimana? yang aku boleh kongsikan segala-galanya dengannya! tak kira apa pon.....
orang / manusia / insan yang bagaimana? insan yang boleh menerima aku seadanya, menyayangiku, memahamiku dan boleh mendidik serta memimpinku dunia dan akhirat.
memimpin yang bagaimana? sebagaimana pemimpin yang adil dan amanah memimpin rakyatnya, dengan penuh tanggungjawab, dengan penuh keimanan.
keimanan yang bagaimana? cukuplah aku katakan dia seorang yang benar2 beriman.
beriman yang bagaimana? menjalankan suruhan Allah dan menjauhi larangan Allah.
aku mahu yang benar2 beriman bukan kerana aku memilih, iya aku memilih tetapi aku perlu memilih untuk memilih. kerana apa aku mahu yang beriman? kerana aku mahu hidup kami dipenuhi dengan cantiknya bias iman itu. dipenuhi dengan keharmonian Islam.....itu sahaja.
Hidup ini tiada makna jika tanpa Islam.....
ramai yang berkata, " alah kenapa memilih sangat? kau bukan beriman sangat pon"
"kau bukan datang keturunan yang baik pon" jadi kenapa memilih sangat?
benar, aku akui dan ALLAH juga telah berfirman bahawa>
(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.
namun, perlu diingat! keimanan setiap Muslim hanya boleh dinilai oleh Allah sahaja.aku juga berusaha dalam meningkatkan keimananku. kita sebagai hamba-Nya, hanya bertanggungjawab dalam melakukan semua perkara yang disuruh dan tinggalkan larangan-Nya. kita juga dianjurkan supaya berusaha untuk memperbaiki diri dan menambah ketakwaan dari masa ke masa. selain itu, jika tidak kita yang memulakan sinar iman dalam kehidupan kita(beragama dgn sebetulnya), yang seterusnya akan diwarisi oleh keturunan kita, InsyaALLAH.....yakni pemula kepada keturunan yang baik. siapa lagi yang akan memulakannya? jika tidak kita....siapa? jawapannya ada pada diri masing-masing. Oleh itu, aku memilih untuk mencari seorang yang beriman kepada Allah! dalam erti kata yang sebenar-benarnya! bukan sekadar "ala kadar sahaja".....
pernikahan satu ibadat. jika kita benar-benar menjalankannya secara Islam dan iman. percayalah! ganjaran yang akan Allah beri, berlipat kali ganti! berbanding dengan pernikahan yang tidak mendapat keredhaan-Nya.
namun sekali lagi saya ulangi! berbalik juga kepada takdir Allah swt(penghulu sekalian alam)......
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
kita hanya merancang ALLAH menentukan! kita hanya mampu berdoa, berusaha dan tawakal kepada-NYA.
wassalam....!
No comments:
Post a Comment