ALHAMDULILLAH.........syukur nikmat yg telah diberikan olehmu Ya ALLAH!
hidup.......sungguh aku faham dengan hidup. tak lepas daripada masalah dan ujian. mungkin saja, Dia mahu menguji diri ini yang lalai, cuai, lagi sombong....sesungguhnya aku bersyukur, diberikan jiwa yg besar, walau hanya aku saja yang tahu....sedang orang lain memandangnya sinis. ahhhh biarlah....rasa itu, aku yang punya...malah pula aku tak suka berkongsi...jadi biarlah aku dan Dia saja yang tahu.
dengan angkuh dia berkata kepadaku....iya. perkataan itu, telah menyebabkan jiwaku sakit, sampai ke lubuk yang terdalam. iya, aku menangis.akan ku simpan rasa itu, sebagai peringatan dan pengajaran buat diriku.
oleh itu, aku pasrah dan redha, dengan bakal apa yang akan aku dapat nanti. keputusan sudah dibuat.... hati ini perlu dijaga terlebih dahulu, hati ini perlu dihormati terlebih dahulu....sebelum aku menjaga hati dan menghormati orang lain. bukan kerana aku tak mahu menjaga, dan menghormati....tapi dia yang memilih begitu, andai dia memilih begitu, maka aku juga perlu memilih. maka aku pilih aku.
di kesempatan ini juga, aku memohon maaf andai ada hati yang terluka, terguris, tersakit dek kerana perkataan, perbuatan, atau apa saja berkaitan dengan diriku...
AKU MOHON MAAF. MAAF YANG SEBANYAKNYA.
TERIMA KASIH KERANA MENJADI RAKAN, SAHABAT, TEMAN, KAWAN SUKA DAN DUKA KU.
SELAMAT BERJAYA JUGA UNTUK FINAL EXAM YANG AKAN DATANG, 9HB MEI INI.....SEMOGA KALIAN SUKSES, DUNIA DAN AKHIRAT.
AMIIN.
SALAM SEJAHTERA~~
No comments:
Post a Comment