Pages


Saturday, November 24, 2012

MAAFKAN AKU, AKU INGIN KEMBALI

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terfikir untuk kembali
Walau beza akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi


Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

JIKA


Apabila datang seorang lelaki kepada anda,

Dia merupakan seorang hamba Allah yang taat
Dia tak pernah tinggal solat
Dia merupakan seorang anak yang soleh dan berbakti kepada orang tuanya
Dia merupakan daripada keturunan yang baik-baik
Dia merupakan tempat rujukan anda sekiranya anda mempunyai kemusykilan agama
Dia seorang yang berfikiran matang
Dia seorang yang optimis dan melihat ke hadapan dalam menguruskan hidup
Dia seorang yang tahu hala tuju hidupnya
Dia seorang perancang yang baik
Dia seorang yang sangat baik terhadap anda
Dia seorang yang sangat penyayang
Dia merupakan seorang yang sangat mengambil berat tentang anda
Dia seorang pelindung kepada anda
Dia merupakan seorang yang boleh memahami anda, sedang orang lain tidak
Dia menerima diri anda seadanya dan bersedia untuk sama-sama belajar dan memipin anda
Dia seorang yang bersedia zahir dan batin
Dia merupakan seorang penuntut di universiti oversea
Dia merupakan seorang bujang

Dan anda menyukainya, terdetik di hati......jika dia tidak mulakan langkah,
Maka pinanglah dia untuk dijadikan suami....gunakan orang tengah
insyaAllah pasti ada jodoh.
Namun sayangnya, kedua-duanya diam membisu.....dan akhirnya menjadi lafaz yang tersimpan L

Friday, November 23, 2012

ALLAH itu MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG


Betapa Allah itu Maha pengasih dan maha penyayang....

Dia berikan kita mata unuk melihat
Dia berikan kita hidung untuk bernafas, untuk mengidu bau
Dia berikan kita mulut utk makan, utk bercakap
Dia berikan telinga untuk mendengar 
Dia berikan kita tangan untuk melakukan kebaikan, untuk menulis, dll
Dia berikan kita jari supaya kita boleh menaip, untuk mengenggam sesuatu, untuk makan, untuk memegang dll
Dia berkan kita kulit, untuk lindungi organ dalaman, untuk kecantikan (di depan muhrim sahaja)
Dia berikan kita kaki untuk bergerak
Dia berikan kita jantung supaya kita bernafas
Dia berikan kita(perempuan) rahim untuk melahirkan ummat Muhammad yang soleh dan solehah
Dia berikan kita hati untuk punya perasaan
Dia berikan kita akal, untuk jadikan kita manusia yang Muhammad s.a.w mahu mengaku ummat.....
Dia berikan kita ibu bapa supaya kita kenal siapa diri kita dan keturunan kita...supaya kita tahu apa itu kasih dan sayang
Dia berikan adik beradik, saudara mara supaya kita tahu berkasih sayang, tolong menolong, bekerjasama, rindu-rinduan dan byk lg~
Dia berikan kita cinta supaya kita tahu bagaimana nak menguruskan nafsu (nikah)
Dia berikan kita oksigen untuk? Jawab sendiri
Dia berikan kita al-quran sebagai panduan lengkap sepanjang zaman
Dia berikan kita Muhammad saw supaya kita kenal siapa Dia
Dia berikan kita segalanya...............................................!

Maka betulah, betapa nikmat yang Allah beri itu tak terhitungkan..........

Ya Allah ampunkan dosa kami, dosa ibu bapa kami.....dan berikanlah kami petunjuk ke jalan yang benar, jalan orang-orang yang Kau redhai....terima kasih Allah atas nikmat tak terhingga ini....amin~

Tuesday, October 23, 2012

aku stress malam nihhhhhhhhhhhhhhhhhh

malam ni la aku rasa macam nak meletup hati dan otak aku~~~!

sebab:

1. aku bercakap dengan seorang lelaki yang aku rasa gila dan sangat2 la menyenakkan/menyakitkan hati aku nih! arrrrrrrrrr

2. sebab aku kena buat report kaunseling yang paling aku benci nih................aku benci benci benci

3. hati aku dh ada di rumah bersama dengan mak, ayah, kak dan budak dua ketoi tu.....
adik demam sakit perut, sian...mak kata sampai dh xdak benda yang dikeluarkan bila dia "buang"...demam pulak xmau kebah.. ya Allah sembuhkan lah dia.....amiin


tak terfikir aku akan dihadiahkan dengan seorang adik...walaupun adik bkn kandung~ sayang adik :)

Monday, October 01, 2012

pelik kan.....

okeh...sem ni aku praktikal sebagai kaunselor pelatih...kaunselor pelatih okeh~~~ grrr aku pon naik serabut mengingatkan perkataan tu. klien mcm la banyak sangat kan, grrrr

dengan dalam bilik kaunseling ada problem la sikit, aku tak kesah pon tapi mcm tak best la. lama lagi kot nak dok sekali, takkan la nak buat dekk jek? 

dok azam-azam dalam hati aku memang tak mau bermasam muka dengan sapa-sapa dah sem ni. aku dah tua, study pon nak habeh dah..orang kata 100% tu tinggai lagi 20% ja pon. 

tapi tu la, nak buat macam apa yang kita rancang, dengan yang Allah rancang berbeza. so terima saja, cuba la berusaha supaya tak jadi apa-apa yang teruk. hmmmm

aku stress jugak, pkiaq kawan-kawan, pkiaq masalah tu, masalah ni, dengan aku sendiri ada sesi kaunseling. so...macam mana aku nak buat sesi kaunseling, kalau aku sendiri dok tengah jalani kaunseling????

dengan kerja sekolah banyak(saja ja nak merungut) hehe......keja sekolah banyak tak kesah tapi ada satu benda ni aku rasa macam jerit-jerit ja kat tepi telinga sapa-sapa. subjek satu nih, dia suruh p cari klien orang yang dah kerja. klu buat sesi kita-kita ja tak apa. ni siap kena buat dengan dia. aku dah macam nak muntah dah, dok pkiaq macam mana la nak buat sesi tu~ klien insyaAllah dah ada. tapi tu la....mampukah aku???

ahhhh aku tak kesah yang penting sem ni masalah aku selesai. sesi aku selesai! titik


p/s : yang penting aku nak kawen cepat...(motippp?) hehe



rindu kat budak kecik nih :'(



rindu kat mak jugak......:'(

Thursday, September 13, 2012

Moga Allah dengar doa Mak.....


Cerita ini di suatu hari, ketika bersembang dengan mak,dan kak....hehe

Yang bestnya, tetiba ja mak cakap macam ni “ harap-harap adik dapat kerja ka, apa ka(macam menetap di sana la) kat Makkah...” aku macam hah? Apa mak? “ Harap-harap adik dapat kerja kat sana. Senang sikit mak nak p”. Boleh dok lama-lama sikit ". Hmmmm aku aminkan di dalam hati.

Tapi yang bestnya mulut ni gatai pi kata, “ ish mak ni...takkan la orang nak dapat kerja sampai sana....”. Macam besaq ja impian mak tu. Hehe..... Mak kata, “ jangan kata macam tu, kita tak tau rezeki kita  macam mana lagi, apa yang Allah nak bagi kat kita, kita tak tau”.

Aku di dalam hati, aminkan sekali lagi dan mintak-mintak la doa mak didengar dan dimakbulkan Allah. Moga apa yang mak kata tu, masin. Alangkah bertuahnya aku, kalau ini semua jadi kenyataan........

Nota kaki 1: doa yang didoakan oleh seorang ibu kepada anaknya adalah doa yang paling mustajab. Doa seorang ibu kepada anaknya tiada hijab. InsyaAllah. Moga Allah makbulkan doa mak tu.

Nota kaki 2: hmmmm walaubagaimanapun, tak semestinya dengan hanya berdoa. Kita perlulah jugak berusaha. Usaha kan tangga kejayaan. Ermmm nampaknya aku kena usaha lebih supaya apa yang didoakan mak tu, makbul. insyaAllah.....

Nota kaki 3: hmmmmmm sebenarnya kan, itu jugaklah impian aku (menetap di tanah suci). Dah lama aku berangan nak dapat peluang macam 2. Itulah orang kata, hati seorang ibu. Dia sangat memahami keperluan, kehendak, naluri, perasaan anak dia. Alhamdulillah.

Monday, September 10, 2012

DIA

Pernah terlintas di fikiranku, di benak, di hati ku yang satu bahawa aku ingin mempunyai, MENIKAHI suami bukan dari bangsaku sendiri. 

Bangsa lain selain melayu, bukan kerana lelaki melayu itu “kayu”, tak romantik, tak hensem, tak gagah seperti bangsa-bangsa yang lain...tidak! tetapi aku ingin meluaskan syahadah itu ke merata tempat. Moga dengan perkenalan aku dengan bakal suamiku nanti membawa seribu rahmat bukan sahaja kepadaku malah kepada dia dan ahli keluarganya yang lain, ahli keluargaku juga. Itu sekiranya bakal suami aku tu, asalnya bukan islam. 

Tetapi sekiranya dia juga saudara seislam maka apa yang dapat ku katakan ialah dengan percampuran nanti ku harapkan akan melahirkan generasi yang lebih baik dari segi tahap keimanannya, nilai islam yang semakin kuat, mentalnya, fizikalnya, budaya yang diserap, mentaliti yang lebih matang dan pemikiran yang lebih terbuka. 

moga hijab jodohku akan terbuka juga....doa dan usaha penguat segalanya.