Pernah terlintas di fikiranku, di benak, di hati
ku yang satu bahawa aku ingin mempunyai, MENIKAHI suami bukan dari bangsaku sendiri.
Bangsa lain selain melayu, bukan kerana lelaki melayu itu “kayu”, tak romantik,
tak hensem, tak gagah seperti bangsa-bangsa yang lain...tidak! tetapi aku ingin
meluaskan syahadah itu ke merata tempat. Moga dengan perkenalan aku dengan
bakal suamiku nanti membawa seribu rahmat bukan sahaja kepadaku malah kepada
dia dan ahli keluarganya yang lain, ahli keluargaku juga. Itu sekiranya bakal
suami aku tu, asalnya bukan islam.
Tetapi sekiranya dia juga saudara seislam
maka apa yang dapat ku katakan ialah dengan percampuran nanti ku harapkan akan
melahirkan generasi yang lebih baik dari segi tahap keimanannya, nilai islam
yang semakin kuat, mentalnya, fizikalnya, budaya yang diserap, mentaliti yang
lebih matang dan pemikiran yang lebih terbuka.
moga hijab jodohku akan terbuka juga....doa dan usaha penguat segalanya.
No comments:
Post a Comment