Apabila
bercakap tentang jodoh, semua manusia di dunia ini tak akan mampu memberitahu
siapakah jodohnya (MELAINKAN DIA TU DAH BERKAHWIN), siapakah yang bakal menjadi suami / isterinya nanti... jodoh
telah ditentukan sebelum kita dilahirkan lagi, namun rahsia itu hanya Allah
yang tahu. Bila sampai masa dan ketikanya ianya akan sampai juga kepada kita.
Dengan cara yang kita sendiri tak terfikirkan.....:) maka bersabarlah!
Namun
begitu, kita sebagai hamba, perlu mempunyai keyakinan dan berusaha dalam
mencari jodoh yang baik.
Kadang-kadang
aku jadi tertanya-tanya, Ya Allah kenapa la si dia tu mendapat suami yang baik, BERIMAN, hensem, boleh dikatakan perfect sedang aku calon pon belum ada..... macam mana
ya dia buat hingga dia berjaya mendapat jodoh yang sedemikian? Adakah dengan
memikat, adakah dengan doa sahaja atau dengan doa dan memikat,
kedua-duanya.....siapa yg tahu kan....
Tapi
benarlah ciptaan Allah itu telah ditetapkan di dalam dirinya rasa ingin
mengenali, rasa ingin disayangi, dicintai oleh sesama makhluk malah telah Allah
katakan di dalam Al-Quran bahawa Dia menjadikan manusia itu dengan pelbagai
warna kulit, pelbagai bahasa, pelbagai bangsa, pelbagai kaum untuk kita saling
mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya itu menunjukkan kebesaran Allah
itu sendiri dengan penciptaan tersebut.
Perkara
ini pernah terjadi kepadaku, naluriku sangat kuat untuk mengenali mereka yang
berlainan bangsa dan bahasa dengan ku. Di kampus, ada yang menyatakan bahawa
pak arab ni gatal, makan macam monster
dan sebagainya tapi tanggapan itu salah sebenarnya di mana pon ada manusia
gatal, tak kira la dia tu pak arab ka, pak melayu ka. Tak elok rasanya kerana
nila setitik, habis rosak susu sebelanga.
Maka perlukah kita meletakkan perkara-perkara seperti itu, sehingga menggangu proses kita untuk mengenali orang lain terutamanya berbeza bangsa, agama, pemikiran atau penampilan dengan kita? fikirkan~
Namun, adakah jodoh datang dengan cara:~
Adakah
seperti ini :
1. 1. Berjumpa
dengan mana-mana jejaka, dan jika anda meminatinya lalu terus mendekatinya dan
tanyakan nama dan nombor telefonnya? Tanya fb, twitter, atau bbmnya? Begitu?
2. 2. Di
mana-mana majlis, anda berjumpa dengan ramai jejaka-jejaka kacak. Jika salah
seorang si jejaka itu, tersenyum manis dengan anda, maka anda membalas dengan
senyuman juga sebagai respon bahawa anda juga berminat untuk mengenalinya?
Begitu?
3. 3. Menerima
sahaja ajakan keluar / date oleh mana-mana jejaka yang dengan tiba-tiba mengajak
anda keluar dengan alasan mahu lebih mengenali? Begitu?
4. 4. Menyatakan
ya, aku juga cinta padamu / i love u too kepada mana-mana jejaka yang dengan
“ikhlasnya” menyatakan saya cintakan awak / i love u kepada anda, katanya dah
lama saya pendam perasaan ini...sudikah anda menjadi kekasih saya? Begitu?
5. 5. Katakan
ya sahaja kepada si dia sekiranya si dia menyatakan mahu membawa keluarga dia
berjumpa dengan keluarga “kita” tapi bukan untuk merisik atau meminang tetapi
hanya untuk mengenali. Bak kata orang, ada, adala. Tak dak, tak dak la. Begitu?
Sekali
lagi, bagaimana nak mencari jodoh yang baik?
biarlah Allah yang menjawabnya, di samping sertakan juga dengan doa dan mungkin sedikit usaha......hehe
nota kaki : dh lama tulis. Baru hari ni rasa nak post @@
No comments:
Post a Comment