ramainya kawan-kawan, sahabat-sahabat aku yang bakal menjalankan praktikal di sekolah.
serius cakap terkilannya aku tak dapat menyertai mereka. sangat terkilan.
sms, fb chatting, ym.....2 3 orang bertanya, praktikal kat mana? bagaimana harus aku terangkan kepada mereka bahawa aku lain daripada yang lain? ya lain daripada yang lain, sebab aku praktikal 2 kali. sekali untuk sem depan, sem 7 praktikal kaunselor dulu. sem 8, buat tesis, dan habis tesis tu, baru la kami boleh bergerak ke sekolah pilihan masing-masing untuk jalani praktikal sebagai "cekgi"....
yang mak dan ayah pulak, dah sebok memilih sekolah mana untuk aku pilih, katanya tak apa buat praktikal dekat-dekat. nanti posting tak tahu mereka nak campak ke mana. aku on jek tp tu la, aku jelaskan sekali lagi kepada mereka. ya orang nampak macam aku anak mak ayah, sebab ya la, dari darjah 1 sampai la tingkatan enam atas, ayah hantar aku ke sekolah, balik ayah pergi ambek. balik ja sekolah, kerja aku tidoq dan sembang-sembang/ kawan dengan mak, sebab aku memang takkan ke mana-mana. nak merewang dengan kawan-kawan? mintak maap la, ayah tak benarkan. bila ayah tak benarkan, aku jadi macam ter"imun" dengan perintah tu, lama-lama ia jadi tabiat. masuk u pulak, masuk u dekat-dekat ja dengan kampung. hahaha mereka tak tahu apa yang aku fikirkan. apa yang aku lakukan hanyalah untuk mendapat keredhaan mak dan ayah, yang sekali gus merupakan keredhaan ALLAH TAALA.
tak apa la, nak buat macam mana aku praktikal lewat sikit daripada hangpa. yang paling best aku boleh cuti panjang, hangpa siap la dengan kerja-kerja bertimbun nak kena buat *lalalalalalalalala kejam punya ayat.
apa-apa pon selamat aku ucapkan kepada sahabat-sahabatku yang bakal menjadi cikgu praktikal nanti.
aku doakan hangpa jadi cikgu yang baik, memberi sumbangan yang besar dalam mendidik anak bangsa untuk mengenal tulis baca, alif ba ta.......selamat sahabatku~~
jangan risau, kamu-kamu semua dalam doaku~
No comments:
Post a Comment