Pages


Wednesday, April 27, 2011

TERKILAN.....

ALHAMDULILLAH.........syukur nikmat yg telah diberikan olehmu Ya ALLAH!

hidup.......sungguh aku faham dengan hidup. tak lepas daripada masalah dan ujian. mungkin saja, Dia mahu menguji diri ini yang lalai, cuai, lagi sombong....sesungguhnya aku bersyukur, diberikan jiwa yg besar, walau hanya aku saja yang tahu....sedang orang lain memandangnya sinis. ahhhh biarlah....rasa itu, aku yang punya...malah pula aku tak suka berkongsi...jadi biarlah aku dan Dia saja yang tahu.

dengan angkuh dia berkata kepadaku....iya. perkataan itu, telah menyebabkan jiwaku sakit, sampai ke lubuk yang terdalam. iya, aku menangis.akan ku simpan rasa itu, sebagai peringatan dan pengajaran buat diriku. 

oleh itu, aku pasrah dan redha, dengan bakal apa yang akan aku dapat nanti. keputusan sudah dibuat.... hati ini perlu dijaga terlebih dahulu, hati ini perlu dihormati terlebih dahulu....sebelum aku menjaga hati dan menghormati orang lain. bukan kerana aku tak mahu menjaga, dan menghormati....tapi dia yang memilih begitu, andai dia memilih begitu, maka aku juga perlu memilih. maka aku pilih aku. 

di kesempatan ini juga, aku memohon maaf andai ada hati yang terluka, terguris, tersakit dek kerana perkataan, perbuatan, atau apa saja berkaitan dengan diriku...

AKU MOHON MAAF. MAAF YANG SEBANYAKNYA. 
TERIMA KASIH KERANA MENJADI RAKAN, SAHABAT, TEMAN, KAWAN SUKA DAN DUKA KU.
SELAMAT BERJAYA JUGA UNTUK FINAL EXAM YANG AKAN DATANG, 9HB MEI INI.....SEMOGA KALIAN SUKSES, DUNIA DAN AKHIRAT. 
AMIIN.

SALAM SEJAHTERA~~



Saturday, April 23, 2011

aku perlukan tempat untuk "bergantung".....

aku seorang gadis.....walau sekuat mana pun tenaga yg aku ada. walau sehebat mana pun aku....walau sekaya mana pun aku....walau secantik mana pun aku.....
akhirnya aku perlu kembali kepada fitrah. 
aku tak kuat sendiri.....
aku perlu tempat untuk bergantung. 
tempat bergantung yg bagaimana? sebenarnya, aku lebih memaksudkannya sebagai insan / manusia / orang.
bergantung yang bagaimana? yang aku boleh kongsikan segala-galanya dengannya! tak kira apa pon..... 
orang / manusia / insan yang bagaimana? insan yang boleh menerima aku seadanya, menyayangiku, memahamiku dan boleh mendidik serta memimpinku dunia dan akhirat.
memimpin yang bagaimana? sebagaimana pemimpin yang adil dan amanah memimpin rakyatnya, dengan penuh tanggungjawab, dengan penuh keimanan. 
keimanan yang bagaimana? cukuplah aku katakan dia seorang yang benar2 beriman. 
beriman yang bagaimana? menjalankan suruhan Allah dan menjauhi larangan Allah. 

aku mahu yang benar2 beriman bukan kerana aku memilih, iya aku memilih tetapi aku perlu memilih untuk memilih. kerana apa aku mahu yang beriman? kerana aku mahu hidup kami dipenuhi dengan cantiknya bias iman itu. dipenuhi dengan keharmonian Islam.....itu sahaja. 
Hidup ini tiada makna jika tanpa Islam..... 
ramai yang berkata, " alah kenapa memilih sangat? kau bukan beriman sangat pon"
"kau bukan datang keturunan yang baik pon" jadi kenapa memilih sangat?
benar, aku akui dan ALLAH juga telah berfirman bahawa>

(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.
 (an-nuur : 26)

namun, perlu diingat! keimanan setiap Muslim hanya boleh dinilai oleh Allah sahaja.aku juga berusaha dalam meningkatkan keimananku. kita sebagai hamba-Nya, hanya bertanggungjawab dalam melakukan semua perkara yang disuruh dan tinggalkan larangan-Nya. kita juga dianjurkan supaya berusaha untuk memperbaiki diri dan menambah ketakwaan dari masa ke masa. selain itu, jika tidak kita yang memulakan sinar iman dalam kehidupan kita(beragama dgn sebetulnya), yang seterusnya akan diwarisi oleh keturunan kita, InsyaALLAH.....yakni pemula kepada keturunan yang baik. siapa lagi yang akan memulakannya? jika tidak kita....siapa? jawapannya ada pada diri masing-masing. Oleh itu, aku memilih untuk mencari seorang yang beriman kepada Allah! dalam erti kata yang sebenar-benarnya! bukan sekadar "ala kadar sahaja".....

pernikahan satu ibadat. jika kita benar-benar menjalankannya secara Islam dan iman. percayalah! ganjaran yang akan Allah beri, berlipat kali ganti! berbanding dengan pernikahan yang tidak mendapat keredhaan-Nya.  

namun sekali lagi saya ulangi! berbalik juga kepada takdir Allah swt(penghulu sekalian alam)......


"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(al baqarah : 216)


kita hanya merancang ALLAH menentukan! kita hanya mampu berdoa, berusaha dan tawakal kepada-NYA. 

wassalam....!

Tuesday, April 19, 2011

syahdunya malam ini.....:(

entah kenapa malam ini kurasakan syahdu sekali. syahdu sangat2................
teringat kepada mereka yang telah pergi meninggalkan ku untuk selamanya. masih teringat tangan tua itu, yang akan kukucup setiap kali ketemu. kini semuanya sudah tiada. dia sudah pergi. tiada lagi tangan yang boleh kukucup seperti mana aku mengucup tangannya.
dia pergi sehari sebelum aku pulang ke UUM, sepanjang cuti semester, banyak kali mak berpesan supaya pergi menziarahnya di rumah ibu saudaraku. Tapi entah kenapa, hati ku rasa tawar. Degil tak mahu pergi. Akhirnya, kami mendapat panggilan bahawa dia telah kembali ke rahmatullah. sakit tua, usianya hampir 80tahun.
Kenangan terakhir ku bersamanya apabila, kali terakhir aku menziarahinya, dia meminta untuk meminum air soda sejuk. aku turutkan, beli air soda dan beri dia minum.
Mempunyai karekter yang menarik, walaupun dah tua masih mampu melihat tanpa sebarang masalah penglihatan seperti rabun dan sebagainya. Solat, 5waktu berjemaah di masjid. Kegemarannya suka minum radix dan makan nasi dengan  ikan talang masam......Akhirnya menjadi kegemaranku jua....:)
Rindunya dengan dia........... dia akan tersenyum sebaik saja melihat aku. Bertanya aku dari mana, balik dari uum bila, ayat biasa yang selalu diucapkan kepadaku "...tidoq sini la malam ni, jgn balik la....lama dah tak mai tgk tok lang..." Menasihatiku dalam banyak perkara, tentang agama, solat, menghormati orang tua, komen tentang isu-isu semasa. Rindunya nak dengar celotehnya! aku rindu dengan suaranya, dengan semuanya!
Rindunya dengan dia.......rancangan tv yang diminati ialah "mari mengaji", akhbar kegemarannya "harakah"...
setiap hari kalau tiada apa2 aktiviti, dia akan membaca sahaja. berhenti kejap, p masjid, balik ja, sambung balik baca. Baca Quran, kitab, buku, macam2 la....kadang2 majalah wanita pon dia baca.....hehehe...
aku kagum dengannya! sedangkan aku yang muda malas membaca, tapi dia semakin tua, semakin rajin pula membaca. Ya ALLAH, kenapa aku rindu sangat dengan dia sampai macam ni? mungkin kerana aku tak sempat bercakap dan bersalam dengannya buat kali terakhir. aku hanya dapat melihat jasad yang sudah tidak bernyawa. SEDIHNYA! kadang2 terbawa2 ke dalam mimpi. pernah sekali bermimpi dia datang menemuiku dengan memakai jubah putih sambil tersenyum manis. Tetapi aku menangis apabila melihat dia begitu. Rupanya bukan di dalam mimpi saja aku menangis. sebetulnya aku memang menangis malam itu. 

TOK LANG dalam kenangan....
AL-FATIHAH

Monday, April 18, 2011

program motivasi dan pembelajaran strategik murid tahun 6..:)

semuanya ceria





nak balik dh ....:(

cantiknya CIPTAAN ALLAH.....:)

hehe mlm ni, aku dengan bangganya nk prasan sebentar.....hehehehheheheh
entah knp, hari ni, aku rasa diri aku ni cantik sesangat......hehehe 
*jgn muntah dulu....baca dulu bg habis apa yang aku nk tulis ni.
aku prasan bkn saja2 prasan.....tapi mmg dh btoiiiii, ciptaan ALLAH semuanya indah2 dan cantik2 belaka. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2. kita manusia ni merupakan makhluk ALLAH yg paling unik. jadi knp kita harus menidakkan nikmat yang ALLAH bagi 2? besyukurlah!

ALHAMDULILLAH! 
*smileeeeeeee

Saturday, April 16, 2011

hidup tidak teratur.....

keluar jam 8 pagi, balik jam 4 ptg.
keluar jam 10 pagi, balik jam 7 mlm....

inilah pengorbanan yang harus dilakukan demi menuntut ilmu. aku bersyukur Ya ALLAH!!! namun ada kalanya aku letih! terlampau letih..........
maaf kepada sahabat2 yang telah ku tolak kerja2 yang diberikan oleh mereka. bukan aku menolak suka2 tapi kerna aku rasakan diriku sudah tidak mampu untuk memberi komitmen yang sepatutnya.

aku tahu, nanti di alam pekerjaan juga begini, INSYAALLAH! aku sedia....
tapi ku juga perlu masa untuk diri sendiri.....
maafff

Friday, April 15, 2011

perubahan yang menakutkan.....:(

Allah huakbarrrr! ALLAH MAHA BESAR!

perubahan pembangunan sekarang membuatkan aku takut memikirkannya....
peperangan di timur tengah juga merisaukan......
tanah arab yang dulu kontang kini makin subur dgn hijauan.......
penyakit umat terdahulu.....dan belbagai lagi!

kerna Muhammad S.A.W telah bersabda>


Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”;- (Riwayat Ibn Majah).

 Allah......sungguh hal tersebut sedang terjadi di bumi....semua negara berlumba-lumba mahu membina bangunan tinggi malah di Makkah juga telah terbinanya menara jam tertinggi di dunia. artikel lanjut sila rujuk> 

TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai". H.R.Muslim
 
benar,....Tanah Arab kini semakin subur...lihat saja Dubai, dahulu tempat tersebut merupakan padang pasir yang kering, kini telah membangun dengan pesat sebagai antara tempat ter"hot" di dunia. Terkenal dengan burj khalifa.

PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan". H.R. Ibnu Majah

tak perlu diceritakan tentang peperangan! dunia hari hanya tentang perang! silih berganti.....! 

hadis-hadis di atas hanya sebahagian,...banyak lagi hadis yang menerangkan tentang peristiwa akhir zaman.
tapi satu hadis ni, sangat terkesan di hati ini>

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".
 H.R. Muslim


Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya.Setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam komitmen dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar malah mungkin dikatakan "mahu tunjuk alim"..... Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri.



Maka beruntunglah kamu menjadi golongan yang sedikit.....:)
marilah kita sama-sama kukuhkan iman, amal dan ihsan...:)

Wednesday, April 06, 2011

ada padanya.....lengkap! part 1

An-Nisaa' ayat 59~

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Al-Baqarah ayat 286~

Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Al-Insan ayat 2&3~

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat.
kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

Al-Mulk ayat 2~

Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).

Al-A'raaf ayat 26~

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Ad-Dukhaan ayat 7~

Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang Yang yakin (akan hakikat itu, maka Terimalah sahaja apa Yang diutuskan kepada kamu).