Pages


Thursday, September 13, 2012

Moga Allah dengar doa Mak.....


Cerita ini di suatu hari, ketika bersembang dengan mak,dan kak....hehe

Yang bestnya, tetiba ja mak cakap macam ni “ harap-harap adik dapat kerja ka, apa ka(macam menetap di sana la) kat Makkah...” aku macam hah? Apa mak? “ Harap-harap adik dapat kerja kat sana. Senang sikit mak nak p”. Boleh dok lama-lama sikit ". Hmmmm aku aminkan di dalam hati.

Tapi yang bestnya mulut ni gatai pi kata, “ ish mak ni...takkan la orang nak dapat kerja sampai sana....”. Macam besaq ja impian mak tu. Hehe..... Mak kata, “ jangan kata macam tu, kita tak tau rezeki kita  macam mana lagi, apa yang Allah nak bagi kat kita, kita tak tau”.

Aku di dalam hati, aminkan sekali lagi dan mintak-mintak la doa mak didengar dan dimakbulkan Allah. Moga apa yang mak kata tu, masin. Alangkah bertuahnya aku, kalau ini semua jadi kenyataan........

Nota kaki 1: doa yang didoakan oleh seorang ibu kepada anaknya adalah doa yang paling mustajab. Doa seorang ibu kepada anaknya tiada hijab. InsyaAllah. Moga Allah makbulkan doa mak tu.

Nota kaki 2: hmmmm walaubagaimanapun, tak semestinya dengan hanya berdoa. Kita perlulah jugak berusaha. Usaha kan tangga kejayaan. Ermmm nampaknya aku kena usaha lebih supaya apa yang didoakan mak tu, makbul. insyaAllah.....

Nota kaki 3: hmmmmmm sebenarnya kan, itu jugaklah impian aku (menetap di tanah suci). Dah lama aku berangan nak dapat peluang macam 2. Itulah orang kata, hati seorang ibu. Dia sangat memahami keperluan, kehendak, naluri, perasaan anak dia. Alhamdulillah.

Monday, September 10, 2012

DIA

Pernah terlintas di fikiranku, di benak, di hati ku yang satu bahawa aku ingin mempunyai, MENIKAHI suami bukan dari bangsaku sendiri. 

Bangsa lain selain melayu, bukan kerana lelaki melayu itu “kayu”, tak romantik, tak hensem, tak gagah seperti bangsa-bangsa yang lain...tidak! tetapi aku ingin meluaskan syahadah itu ke merata tempat. Moga dengan perkenalan aku dengan bakal suamiku nanti membawa seribu rahmat bukan sahaja kepadaku malah kepada dia dan ahli keluarganya yang lain, ahli keluargaku juga. Itu sekiranya bakal suami aku tu, asalnya bukan islam. 

Tetapi sekiranya dia juga saudara seislam maka apa yang dapat ku katakan ialah dengan percampuran nanti ku harapkan akan melahirkan generasi yang lebih baik dari segi tahap keimanannya, nilai islam yang semakin kuat, mentalnya, fizikalnya, budaya yang diserap, mentaliti yang lebih matang dan pemikiran yang lebih terbuka. 

moga hijab jodohku akan terbuka juga....doa dan usaha penguat segalanya.



tak dipandang dan tidak memandang


Apabila bercakap tentang jodoh, semua manusia di dunia ini tak akan mampu memberitahu siapakah jodohnya (MELAINKAN DIA TU DAH BERKAHWIN), siapakah yang bakal menjadi suami / isterinya nanti... jodoh telah ditentukan sebelum kita dilahirkan lagi, namun rahsia itu hanya Allah yang tahu. Bila sampai masa dan ketikanya ianya akan sampai juga kepada kita. Dengan cara yang kita sendiri tak terfikirkan.....:) maka bersabarlah!
Namun begitu, kita sebagai hamba, perlu mempunyai keyakinan dan berusaha dalam mencari jodoh yang baik.

Kadang-kadang aku jadi tertanya-tanya, Ya Allah kenapa la si dia tu mendapat suami yang baik, BERIMAN, hensem, boleh dikatakan perfect sedang aku calon pon belum ada..... macam mana ya dia buat hingga dia berjaya mendapat jodoh yang sedemikian? Adakah dengan memikat, adakah dengan doa sahaja atau dengan doa dan memikat, kedua-duanya.....siapa yg tahu kan....

Tapi benarlah ciptaan Allah itu telah ditetapkan di dalam dirinya rasa ingin mengenali, rasa ingin disayangi, dicintai oleh sesama makhluk malah telah Allah katakan di dalam Al-Quran bahawa Dia menjadikan manusia itu dengan pelbagai warna kulit, pelbagai bahasa, pelbagai bangsa, pelbagai kaum untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya itu menunjukkan kebesaran Allah itu sendiri dengan penciptaan tersebut.
Perkara ini pernah terjadi kepadaku, naluriku sangat kuat untuk mengenali mereka yang berlainan bangsa dan bahasa dengan ku. Di kampus, ada yang menyatakan bahawa pak arab  ni gatal, makan macam monster dan sebagainya tapi tanggapan itu salah sebenarnya di mana pon ada manusia gatal, tak kira la dia tu pak arab ka, pak melayu ka. Tak elok rasanya kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. 

Maka perlukah kita meletakkan perkara-perkara seperti itu, sehingga menggangu proses kita untuk mengenali orang lain terutamanya berbeza bangsa, agama, pemikiran atau penampilan dengan kita? fikirkan~

Namun, adakah jodoh datang dengan cara:~

Adakah seperti ini :
1.   1. Berjumpa dengan mana-mana jejaka, dan jika anda meminatinya lalu terus mendekatinya dan tanyakan nama dan nombor telefonnya? Tanya fb, twitter, atau bbmnya? Begitu?
2.    2. Di mana-mana majlis, anda berjumpa dengan ramai jejaka-jejaka kacak. Jika salah seorang si jejaka itu, tersenyum manis dengan anda, maka anda membalas dengan senyuman juga sebagai respon bahawa anda juga berminat untuk mengenalinya? Begitu?
3.    3.  Menerima sahaja ajakan keluar / date oleh mana-mana jejaka yang dengan tiba-tiba mengajak anda keluar dengan alasan mahu lebih mengenali? Begitu?
4.    4. Menyatakan ya, aku juga cinta padamu / i love u too kepada mana-mana jejaka yang dengan “ikhlasnya” menyatakan saya cintakan awak / i love u kepada anda, katanya dah lama saya pendam perasaan ini...sudikah anda menjadi kekasih saya? Begitu?
5.   5. Katakan ya sahaja kepada si dia sekiranya si dia menyatakan mahu membawa keluarga dia berjumpa dengan keluarga “kita” tapi bukan untuk merisik atau meminang tetapi hanya untuk mengenali. Bak kata orang, ada, adala. Tak dak, tak dak la. Begitu?
          Sekali lagi, bagaimana nak mencari jodoh yang baik?

     biarlah Allah yang menjawabnya, di samping sertakan juga dengan doa dan mungkin sedikit usaha......hehe
     
   nota kaki : dh lama tulis. Baru hari ni rasa nak post @@