Pages


Thursday, September 13, 2012

Moga Allah dengar doa Mak.....


Cerita ini di suatu hari, ketika bersembang dengan mak,dan kak....hehe

Yang bestnya, tetiba ja mak cakap macam ni “ harap-harap adik dapat kerja ka, apa ka(macam menetap di sana la) kat Makkah...” aku macam hah? Apa mak? “ Harap-harap adik dapat kerja kat sana. Senang sikit mak nak p”. Boleh dok lama-lama sikit ". Hmmmm aku aminkan di dalam hati.

Tapi yang bestnya mulut ni gatai pi kata, “ ish mak ni...takkan la orang nak dapat kerja sampai sana....”. Macam besaq ja impian mak tu. Hehe..... Mak kata, “ jangan kata macam tu, kita tak tau rezeki kita  macam mana lagi, apa yang Allah nak bagi kat kita, kita tak tau”.

Aku di dalam hati, aminkan sekali lagi dan mintak-mintak la doa mak didengar dan dimakbulkan Allah. Moga apa yang mak kata tu, masin. Alangkah bertuahnya aku, kalau ini semua jadi kenyataan........

Nota kaki 1: doa yang didoakan oleh seorang ibu kepada anaknya adalah doa yang paling mustajab. Doa seorang ibu kepada anaknya tiada hijab. InsyaAllah. Moga Allah makbulkan doa mak tu.

Nota kaki 2: hmmmm walaubagaimanapun, tak semestinya dengan hanya berdoa. Kita perlulah jugak berusaha. Usaha kan tangga kejayaan. Ermmm nampaknya aku kena usaha lebih supaya apa yang didoakan mak tu, makbul. insyaAllah.....

Nota kaki 3: hmmmmmm sebenarnya kan, itu jugaklah impian aku (menetap di tanah suci). Dah lama aku berangan nak dapat peluang macam 2. Itulah orang kata, hati seorang ibu. Dia sangat memahami keperluan, kehendak, naluri, perasaan anak dia. Alhamdulillah.

Monday, September 10, 2012

DIA

Pernah terlintas di fikiranku, di benak, di hati ku yang satu bahawa aku ingin mempunyai, MENIKAHI suami bukan dari bangsaku sendiri. 

Bangsa lain selain melayu, bukan kerana lelaki melayu itu “kayu”, tak romantik, tak hensem, tak gagah seperti bangsa-bangsa yang lain...tidak! tetapi aku ingin meluaskan syahadah itu ke merata tempat. Moga dengan perkenalan aku dengan bakal suamiku nanti membawa seribu rahmat bukan sahaja kepadaku malah kepada dia dan ahli keluarganya yang lain, ahli keluargaku juga. Itu sekiranya bakal suami aku tu, asalnya bukan islam. 

Tetapi sekiranya dia juga saudara seislam maka apa yang dapat ku katakan ialah dengan percampuran nanti ku harapkan akan melahirkan generasi yang lebih baik dari segi tahap keimanannya, nilai islam yang semakin kuat, mentalnya, fizikalnya, budaya yang diserap, mentaliti yang lebih matang dan pemikiran yang lebih terbuka. 

moga hijab jodohku akan terbuka juga....doa dan usaha penguat segalanya.



tak dipandang dan tidak memandang


Apabila bercakap tentang jodoh, semua manusia di dunia ini tak akan mampu memberitahu siapakah jodohnya (MELAINKAN DIA TU DAH BERKAHWIN), siapakah yang bakal menjadi suami / isterinya nanti... jodoh telah ditentukan sebelum kita dilahirkan lagi, namun rahsia itu hanya Allah yang tahu. Bila sampai masa dan ketikanya ianya akan sampai juga kepada kita. Dengan cara yang kita sendiri tak terfikirkan.....:) maka bersabarlah!
Namun begitu, kita sebagai hamba, perlu mempunyai keyakinan dan berusaha dalam mencari jodoh yang baik.

Kadang-kadang aku jadi tertanya-tanya, Ya Allah kenapa la si dia tu mendapat suami yang baik, BERIMAN, hensem, boleh dikatakan perfect sedang aku calon pon belum ada..... macam mana ya dia buat hingga dia berjaya mendapat jodoh yang sedemikian? Adakah dengan memikat, adakah dengan doa sahaja atau dengan doa dan memikat, kedua-duanya.....siapa yg tahu kan....

Tapi benarlah ciptaan Allah itu telah ditetapkan di dalam dirinya rasa ingin mengenali, rasa ingin disayangi, dicintai oleh sesama makhluk malah telah Allah katakan di dalam Al-Quran bahawa Dia menjadikan manusia itu dengan pelbagai warna kulit, pelbagai bahasa, pelbagai bangsa, pelbagai kaum untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya itu menunjukkan kebesaran Allah itu sendiri dengan penciptaan tersebut.
Perkara ini pernah terjadi kepadaku, naluriku sangat kuat untuk mengenali mereka yang berlainan bangsa dan bahasa dengan ku. Di kampus, ada yang menyatakan bahawa pak arab  ni gatal, makan macam monster dan sebagainya tapi tanggapan itu salah sebenarnya di mana pon ada manusia gatal, tak kira la dia tu pak arab ka, pak melayu ka. Tak elok rasanya kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. 

Maka perlukah kita meletakkan perkara-perkara seperti itu, sehingga menggangu proses kita untuk mengenali orang lain terutamanya berbeza bangsa, agama, pemikiran atau penampilan dengan kita? fikirkan~

Namun, adakah jodoh datang dengan cara:~

Adakah seperti ini :
1.   1. Berjumpa dengan mana-mana jejaka, dan jika anda meminatinya lalu terus mendekatinya dan tanyakan nama dan nombor telefonnya? Tanya fb, twitter, atau bbmnya? Begitu?
2.    2. Di mana-mana majlis, anda berjumpa dengan ramai jejaka-jejaka kacak. Jika salah seorang si jejaka itu, tersenyum manis dengan anda, maka anda membalas dengan senyuman juga sebagai respon bahawa anda juga berminat untuk mengenalinya? Begitu?
3.    3.  Menerima sahaja ajakan keluar / date oleh mana-mana jejaka yang dengan tiba-tiba mengajak anda keluar dengan alasan mahu lebih mengenali? Begitu?
4.    4. Menyatakan ya, aku juga cinta padamu / i love u too kepada mana-mana jejaka yang dengan “ikhlasnya” menyatakan saya cintakan awak / i love u kepada anda, katanya dah lama saya pendam perasaan ini...sudikah anda menjadi kekasih saya? Begitu?
5.   5. Katakan ya sahaja kepada si dia sekiranya si dia menyatakan mahu membawa keluarga dia berjumpa dengan keluarga “kita” tapi bukan untuk merisik atau meminang tetapi hanya untuk mengenali. Bak kata orang, ada, adala. Tak dak, tak dak la. Begitu?
          Sekali lagi, bagaimana nak mencari jodoh yang baik?

     biarlah Allah yang menjawabnya, di samping sertakan juga dengan doa dan mungkin sedikit usaha......hehe
     
   nota kaki : dh lama tulis. Baru hari ni rasa nak post @@

Wednesday, June 20, 2012

praktikal

ramainya kawan-kawan, sahabat-sahabat aku yang bakal menjalankan praktikal di sekolah.


serius cakap terkilannya aku tak dapat menyertai mereka. sangat terkilan.
sms, fb chatting, ym.....2 3 orang bertanya, praktikal kat mana? bagaimana harus aku terangkan kepada mereka bahawa aku lain daripada yang lain? ya lain daripada yang lain, sebab aku praktikal 2 kali. sekali untuk sem depan, sem 7 praktikal kaunselor dulu. sem 8, buat tesis, dan habis tesis tu, baru la kami boleh bergerak ke sekolah pilihan masing-masing untuk jalani praktikal sebagai "cekgi"....

yang mak dan ayah pulak, dah sebok memilih sekolah mana untuk aku pilih, katanya tak apa buat praktikal dekat-dekat. nanti posting tak tahu mereka nak campak ke mana. aku on jek tp tu la, aku jelaskan sekali lagi kepada mereka. ya orang nampak macam aku anak mak ayah, sebab ya la, dari darjah 1 sampai la tingkatan enam atas, ayah hantar aku ke sekolah, balik ayah pergi ambek. balik ja sekolah, kerja aku tidoq dan sembang-sembang/ kawan dengan mak, sebab aku memang takkan ke mana-mana. nak merewang dengan kawan-kawan? mintak maap la, ayah tak benarkan. bila ayah tak benarkan, aku jadi macam ter"imun" dengan perintah tu, lama-lama ia jadi tabiat.  masuk u pulak, masuk u dekat-dekat ja dengan kampung. hahaha mereka tak tahu apa yang aku fikirkan. apa yang aku lakukan hanyalah untuk mendapat keredhaan mak dan ayah, yang sekali gus merupakan  keredhaan ALLAH TAALA.

tak apa la, nak buat macam mana aku praktikal lewat sikit daripada hangpa. yang paling best aku boleh cuti panjang, hangpa siap la dengan kerja-kerja bertimbun nak kena buat *lalalalalalalalala kejam punya ayat.

apa-apa pon selamat aku ucapkan kepada sahabat-sahabatku yang bakal menjadi cikgu praktikal nanti.
aku doakan hangpa jadi cikgu yang baik, memberi sumbangan yang besar dalam mendidik anak bangsa untuk mengenal tulis baca, alif ba ta.......selamat sahabatku~~

jangan risau, kamu-kamu semua dalam doaku~

Tuesday, June 05, 2012

Alhamdulillah, Allahhuakbar.

 Exam dah nak dekat. Bukan dekat tp esok! Bwekkk sebenarnya otak sy dh tepu nk membaca, mengingat dan bla bla bla blaaaaaaa..........

Grrrrrrrrrrrr Seyes! Makin lama, makin saya rasa perangai saya terhadap ilmu semakin menurun dan semakin teruk......ya Allah jauhkanlah aku daripada sikap tersebut~ sungguh aku tak mahu. Hidup tanpa ilmu yg baik pada aku miskin semuanya, miskin dunia dan miskin akhirat. Ayah cakap, "amallah apa ilmu yg Hakimah dapat, jangan ada ilmu tapi tak mahu amal...." < ermmm sayang ayah, ermmm sayang mak jgk...erm sayang kak jgk....ermmm sayang adik bucuk saya yang 2 orang tu jugak, ermmm sayang kucing-kucing kat umah jgk (masalah rindu) @@y

Baik ayah! Saya akan amal ilmu kaunseling ni. Tp ayah susahnya nak amal ilmu yang satu ni. Tak tahu kenapa. Susah benor. Mungkin bukan jiwa saya kot. Saya tak minat nak dengar masalah orang, sedang masalah saya juga berlambak! (tapi dengan ilmu kaunseling ni la, aku mula mengenal manusia(insan) dengan mendalam, aku mula tahu macam mana nak “edep” dengan persekitaran, macam mana nak seleaikan masalah, fahami diri sendiri which means bad and gud things in myself, dan macam-macam la.....)

Ok, nak study sikit lagi lepas tu nak iron baju untuk esok...doakan yg terbaik untuk saya, kerna anda juga turut serta dalam doa saya.......:)

Assalamualaikum~

Wednesday, May 23, 2012

niat ikhlas disalah ertikan~

manusia, manusia~~


kita urus dgn baik sesuatu urusan, di katanya aku bodek lect sbb nk dapat dekan!

salah ka kalau urus dgn baik, aku bantu sebab itu kumpulan aku, ditambah pulak nak ke sekolah aku. aku nak semuanya jd senang, lancar, dan elok. dikatanya aku bodek lect, sbb nak dapat dekan? ada jgk kata aku bos kedua la(lebih drpd ketua)~~


mak marah kalau aku panggei org bodo, tp mlm ni aku nk kata jgk dia tu, "oi bodo, kalau hg xtau apa, dok diam sudah!! akal Allah bg kalau letak kat lutut ngn mulot ja baik tak payah masuk u, dok ja di rumah jaga maka ayah hg lagi baik"~


 




Sunday, November 13, 2011

terkesan!

Jika kita seorang wanita, bayangkanlah jika saya mengajak puan ke masjid untuk bersolat…. Apakah puan perlu mencari telekung? Jika ia, kenapa? Apakah puan merasakan yang pakaian puan belum cukup sempurna untuk mengadap Allah SWT? Jika benar begitu, kenapa pula kita boleh ke hulu dan ke hilir dengan pakaian tersebut?
Kenapa kita mahu menutup rambut tetapi memakai t-shirt dan berseluar ketat? Apa bezanya aurat ketika menyidai kain di halaman rumah dengan waktu pejabat? Itulah ujian Allah yang tidak kita sedari. Ia bertambah tenat kerana hampir seluruh masyarakat membenarkan perlakuan tersebut.


fikir2kan dan selamat beramal!


dipetik drpd.....